Sunday, July 26, 2009

Bagaimana untuk memulakan hobi membela ikan Arowana ?

Sebelum anda terjebak ke lembah hobi ini, anda perlu berfikir sejenak dan tanya diri anda :-

1. Anda ada masa ?
2. Adakah anda boleh bersabar dan sangat minat dengan ikan Arowana ?
3. Ada bantahan dari ahli keluarga ?

Fikirkan sejenak dan buatlah keputusan anda dan janganlah anda membuat keputusan secara terburu buru. Jika tidak besar kemungkinannya anda akan melakukan hobi ini separuh jalan saja. Jika anda mahu juga meneruskan hobi ini yang penuh cabaran dan menarik, sial ikut langkah kangkah seperti berikut :-

Langkah 1
Cari akuarium yang sesuai. Saya cadangkan anda dapatkan saiz 4ft x 2ft x 2ft. Jika bajet anda terhad, anda boleh cari akuarium secondhand yang ada cover tyop (wood cabinet)

Langkah 2
Dapatkan penapis air. Jika mampu dapatkan yang jenis "external canister filtration system". Tapi jika tak mampu, anda boleh cari "overhead filtration system " tapi bersedialah untuk kerja kerja maintenance setiap hujung minggu.

Langkah 3
Untuk mengisi air akuarium, pastikan tak lebih 80% daripada ketinggian akuarium. Hidupkan filter system anda dan masukkan anti-klorin mengikut dos dos tyang diarahkan dan jugacecair bakteria yang baik. Ada 2 cara untuk pastikan kandungan air akuarium mengandungi bakteria yang baik atau tidak. Pertamanya, dengan cara meletakkan cecair ammonia, 10 titik selama 7 hari dan anda perlu periksa kandungan ammonia setiap ahri. Anda akan dapati bahwa kandungan ammnonia akan meningkat secara perlahan lahan dan selepas itu jatuh sehingga paras sifar. Itu menunjukkan bahawa Nitrosomanas bacteria sudah wujud. Ia menunjukkan paras nitrit adalah normal. Car akedua adalah dengan menggunakan hidupan ikan. Anda perlu beli ikan yang murah untuk menghasilkan urine dan seterusnya menghasilkan ammonia. namun begitu teknik ini mengambil masa yang agak lama. Tujuannya adalah sama iaitu mempastikan tahap ammonia dan nnitrit adalah sifar.

Langkah 4
Anda boleh mulakan pengembaraan anda mencari ikan Arowana kegemaran anda. Suka saya cadangkan jika anda baru berjinak jinak dengan hobi ini serta inginkan kepuasan, bagi saya ada baiknya korang mulakan dengan RTG (Red tailed Golden) kerana faktor harganya taklah terlalu mahal sangat dan jangan lah risau sangat, ikan Arowana sebenarnya ikan yang tahan lasak juga.

No comments:

Post a Comment